PERKARANGAN Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, riuh sedikit apabila kaunter tiket Piala FA antara Terengganu dan Kedah dibuka lewat hampir 15 minit.
Penyokong Kedah mula membuat bising berikutan kelewatan itu dengan alasan sudah beratur seawal kira-kira 5 pagi.
Dianggarkan hampir 2,000 penyokong kedua-dua pasukan beratur sejauh 200 meter untuk mendapatkan tiket.
Penyokong skuad Penyu, Ahmad Mukhlis Sharif Ahmad Zuki, 18, berkata dia tiba di stadium itu pada kira-kira 6 pagi.
"Saya datang awal sebab tidak mahu ketinggalan menyaksikan perlawanan separuh akhir ini.
"Saya datang seorang dan malam ini akan tengok perlawanan ini bersama dua adik," katanya.
Bagi penyokong Kedah, Zamri Ali,47, dia mula penantian selama lima jam membuahkan hasil.
"Saya bertolak dari Gurun, Kedah, kira-kira 10 malam tadi. Saya naik bas dan terus ke stadium untuk beratur," katanya yang berharap Kedah menang dengan jaringan 2-0.
10,000 tiket perlawanan separuh akhir kedua dijual dengan harga RM20 (berbumbung), RM10 (terbuka) dan RM5 (kanak-kanak).
Kedah bertandang ke Kuala Terengganu berbekalkan kemenangan 1-0, hasil jaringan Farhan Roslan pada m-72, pada separuh akhir pertama, di Stadium Darul Aman, Alor Setar, Kedah, 30 April lalu.
PERKARANGAN Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, riuh sedikit apabila kaunter tiket Piala FA antara Terengganu dan Kedah dibuka lewat hampir 15 minit.