Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Hang ingat hang tera!'

$
0
0
Utama

hadzlihady@hmetro.com.my

REMAJA lelaki ditahan polis empat jam selepas dia mencuri dompet dan telefon bimbit milik seorang wanita yang sedang solat di Masjid Jelutong, Georgetown.

Remaja 17 tahun itu ditahan ketika dia berada di kafe siber tidak jauh dari kawasan masjid berkenaan, pada kira-kira 2 pagi.

Penahanan suspek itu dilakukan selepas polis meneliti rakaman kamera litar terutup (CCTV) masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata hasil penahanan suspek polis menemui telefon bimbit, dokumen peribadi dan wang mangsa.

"Ketika kejadian, mangsa berusia 54 tahun sedang menunaikan solat Isyak di masjid itu.

“Suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Image: 

REMAJA lelaki ditahan polis empat jam selepas dia mencuri dompet dan telefon bimbit milik seorang wanita yang sedang solat di Masjid Jelutong, Georgetown.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853