DUA kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun yang sesat di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kota Bharu, sudah dikembalikan kepada keluarga mereka, 8 malam semalam.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh Deputi Superintendan Abdul Rozak Muhamad berkata, bapa kanak-kanak itu yang berusia lingkungan 50 tahun menghantar dua beradik berkenaan untuk dijaga anak perempuannya di Kampung Wakaf Berangan.
Katanya, pada 6 petang, ketika kakak mereka sedang tidur, dua kanak-kanak itu keluar rumah dipercayai untuk bermain.
"Mereka tinggal di kampung lain dan disebabkan tidak biasa dengan kawasan itu, mereka tidak dapat mencari rumah kakaknya sebelum ditemui orang kampung dalam keadaan sedang menangis.
"Penduduk kampung menghantar dua beradik itu ke Balai Polis Pasir Puteh pada 7 malam sebelum diambil keluarga," katanya di sini, hari ini.
Beliau berkata, dua beradik itu selamat dan tiada laporan polis dibuat.
DUA kanak-kanak berusia tiga dan lima tahun yang sesat di Kampung Wakaf Berangan, Pasir Puteh, Kota Bharu, sudah dikembalikan kepada keluarga mereka, 8 malam semalam.