Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Letupan serentak

$
0
0
Utama

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di pasar raya yang sibuk di Muang di wilayah Pattani, selatan Thailand, kira-kira 2 petang, hari ini waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).

Menurut laporan awal daripada pihak keselamatan, satu daripada bom buatan sendiri meletup di dalam pasar raya yang penuh dengan pelanggan ketika kejadian, manakala satu lagi bom yang disembunyikan dalam kereta diletupkan di tempat letak kereta.

"Ramai yang cedera tetapi tiada yang terkorban dalam kejadian itu," kata jurucakap Markas Operasi Keselamatan Dalam Negeri Thailand (ISOC), Kol Pramote Prom-in yang mengesahkan insiden tersebut ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Tentera Darat Wilayah 4, Lt Jen Piyawat Nakwanich dan pegawai keselamatan yang lain telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang telahpun ditutup untuk membolehkan siasatan dilakukan.

Pasukan penyelamat tempatan juga dikejarkan ke lokasi dan membawa mangsa ke hospital untuk menerima rawatan. Setakat ini, tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas insiden letupan itu yang merupakan pengeboman terbaru di wilayah bergolak tersebut.

Image: 

SEKURANG-KURANGNYA 30 orang cedera apabila dua bom meletup serentak di pasar raya yang sibuk di Muang di wilayah Pattani, selatan Thailand, kira-kira 2 petang, hari ini waktu tempatan (3 petang waktu Malaysia).


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853