Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Forkey Doe mengaku bersalah

$
0
0
Utama

sarah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Penyerang utama pasukan bola sepak Selangor, Francis Forkey Doe, dihukum denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan kereta klon jenis BMW 325i, Jumaat lalu.

Majistret Atiqah Abdul Karim, menjatuhkan hukuman itu terhadap Forkey, 31, warga Liberia, selepas tertuduh mengaku bersalah melakukan kesalahan itu sebaik pertuduhan terhadap dibacakan jurubahasa dalam bahasa Inggeris.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara enam bulan, jika gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Forkey Doe didakwa mempamerkan nombor pendaftaran palsu iaitu BLK 17 pada kereta BMW 325i di tempat letak kereta, di hadapan Restoran Alfa Maju, Jalan Puteri 1/6, Bandar Puteri, Puchong, di sini, jam 4 pagi, pada 5 Mei lalu.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 108(3)(f) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dalam kenyataan baru-baru ini menegaskan, tidak akan berkompromi sekiranya pemain itu didapati bersalah melanggar undang-undang negara ini.

Image: 

Petaling Jaya: Penyerang utama pasukan bola sepak Selangor, Francis Forkey Doe, dihukum denda RM6,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan menggunakan kereta klon jenis BMW 325i, Jumaat lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853