SAMIRA Abdul Rashid, 36, (kanan) bersama ibu, Fatimah Husin, 63, (kiri) dan ibu saudaranya, Aminah Mat Daud, 65, tekun menganyam atap nipah.
Keluarga ini ditemui ketika tinjauan fotoBERNAMA di tepi jalan Pekan-Rompin, dekat Kampung Sungai Miang.
Meskipun pendapatan tidak menentu kerana hanya bergantung kepada pembeli yang melalui kawasan itu, usaha sejak empat tahun lalu dapat juga membantu meringankan beban perbelanjaan keluarga.
Menurut Samira, dalam tempoh lapan jam bekerja, mereka mampu menyiapkan 120 keping sehari dan dijual dengan harga RM1.80 sekeping.
Atap nipah memiliki kelebihan kerana ia lebih sejuk kerana ia tidak menyimpan haba sebagaimana atap genting.
Tapi, ia perlu ditukar setiap tiga hingga lima tahun sekali.
SAMIRA Abdul Rashid, 36, (kanan) bersama ibu, Fatimah Husin, 63, (kiri) dan ibu saudaranya, Aminah Mat Daud, 65, tekun menganyam atap nipah.