MALAYSIA menamatkan cabaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 di tempat kelima.
Barisan kebangsaan catat kedudukan itu selepas menewaskan Jepun 3-1, di Stadium Azlan Shah, Ipoh, hari ini.
Pasukan bimbingan Stephen Van Huizen meneruskan rentak cemerlang seperti ketika mengatasi India 1-0 semalam untuk mendahului 2-0 pada suku pertama.
Kejayaan itu sekaligus menebus kekecewaan selepas terikat 1-1 dengan pasukan Samurai Blue itu pada perlawanan pertama, Sabtu lalu.
Malaysia terus mengasak ke kubu lawan dengan beberapa percubaan dan hasilnya pada minit ke-8, Haziq Samsul memperoleh jaringan pendahuluan menerusi pukulan sudut penalti.
Tiga minit kemudian, giliran Firhan Ashari mengukir nama selaku penjaring menerusi gol padang menewaskan penjaga gol Jepun, Suguru Shimmoto.
Tersentak dengan jaringan itu, Jepun mengatur serangan dan akhirnya berjaya menghasilkan gol pertama mereka menerusi jaringan padang Kaito Tanaka pada minit ke-28.
Jaringan itu bagaimanapun sekadar membangkitkan semangat anak buah Stephen Van Huizen yang menjaring gol ketigamelalui 'pemain terbaik perlawanan', Faizal Saaripada minit ke-34 untuk memberi kemenangan mutlak kepada Malaysia.
Walaupun perlawanan kemudiannya terhenti pada minit ke-44 hampir sejam akibat hujan lebat serta kilat ia tidak menganggu perlawanan sebaik bersambung .
MALAYSIA menamatkan cabaran Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah edisi ke-26 di tempat kelima.