Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dia bukan baru di Malaysia

$
0
0
Mutakhir

aziman@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Memang Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ada menyediakan kereta untuk pemain import tapi dia mahu menggunakan kereta sendiri," kata pengurus pasukan Selangor, Abdul Rauf Ahmad.

Beliau berkata ketika mengulas mengesahkan salah seorang pemain import skuad Red Giants yang ditahan polis awal pagi ini kerana disyaki memiliki kereta BMW klon.

“Saya terkejut dengan berita diterima itu. Bagaimanapun kami masih menunggu laporan penuh berhubung kes berkenaan sebelum membuat tindakan susulan.

"Memang kita sudah dimaklumkan mengenai perkara ini tapi kita belum dapat laporan penuh lagi jadi apa saja tindakan akan kita buat selepas mendapat laporan itu nanti,” katanya kepada Arena Metro.

"Saya dapat tahu berita ini pagi tadi. Mmemang agak terkejut kerana tidak sangka pula boleh timbul masalah seperti ini.

“Apa yang saya tahu, dia sudah lama menggunakan kereta itu, kerana dia bukan baru di Malaysia.

"Memang FAS ada sediakan kereta untuk pemain import tapi dia mahu guna kereta sendiri," katanya.

Berdasarkan maklumat yang diterima, lelaki berusia 32 tahun dari Liberia itu ditahan kira-kira jam 5 pagi tadi.

Kereta BMW 325i yang dipandu pemain import Red Giants itu dikatakan menggunakan nombor pendaftaran palsu menerusi semakan dalam sistem Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner Megat Mohd Aminuddin Megat Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 29(1) Kanun Keseksaan.

Image: 

Kuala Lumpur: "Memang Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) ada menyediakan kereta untuk pemain import tapi dia mahu menggunakan kereta sendiri," kata pengurus pasukan Selangor, Abdul Rauf Ahmad.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853