Melaka: Tiga lelaki meninggal dunia manakala dua lagi cedera selepas kemalangan dua kereta di Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Stesen Minyak Petron Taman Cheng Bestari, di sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian kira-kira 11 pagi, apabila Perodua Viva yang dinaiki ketiga-tiga mangsa yang maut, datang dari arah Bandar Melaka ke Alor Gajah terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar Proton Gen2 dipandu seorang lagi lelaki.
Seorang pembonceng motosikal turut cedera bahu kanan akibat terkena besi pagar pembahagi jalan yang terpelanting akibat kemalangan itu
Komander Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, PBK II K Kalaiselvam berkata tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan klinik kesihatan.
“Seorang lagi yang cedera dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.
Menurut sumber, pembonceng motosikal juga dihantar ke Hospital Melaka menggunakan ambulans hospital untuk menjalani pemeriksaan dan rawatan lanjut.