Kuching: Sarawak mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mengumpul peserta paling ramai memakai kostum kucing di dunia, hari ini.
Acara bersejarah itu diadakan di Panggung Udara, di sini, sejak petang tadi dengan penyertaan 440 peserta.
Pengumuman itu dibuat Pengurus Rekod, Rekod Dunia Guinness, Hoda Khachab.
Hoda berkata, bagi membolehkan acara ini layak dimasukkan ke dalam Rekod Dunia Guinness, sekurang-kurangnya 250 peserta perlu memakai kostum itu untuk tempoh sekurang-kurangnya lima minit.
"Saya umumkan 440 peserta memakai kostum kucing di Kuching dan ia adalah pencapaian pertama penyertaan paling ramai peserta di dunia," katanya.
Rekod ini dicatatkan sempena Anugerah Filem Festival Antarabangsa ASEAN (AIFFA) 2017 yang berlangsung di Kuching bermula hari ini hingga 6 Mei.
Kuching: Sarawak mencatat nama dalam Rekod Dunia Guinness selepas berjaya mengumpul peserta paling ramai memakai kostum kucing di dunia, hari ini.