Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Alolololo... comelnya Airissa [METROTV]

$
0
0
Utama

nabihah.kamal@hmetro.com.my 

 

Kuala Lumpur: "Saya hanya menyakat anak," kata Muhamad Nuzulnudin Maad, 34, mengenai video kepetahan anaknya Arfah Airissa, 2, yang mendapat perhatian netizen sejak tiga hari lalu.

 Menurutnya, video berdurasi satu minit 40 saat itu dirakam sekadar suka-suka oleh isterinya, Arfah Ismail, 35.

Katanya, ketika itu seorang lagi anaknya Arfah Adelia, 5, bermain gunting dan memotong rambutnya sendiri.

“Saya saja menyakat Airissa, sama ada dia yang buat atau tidak.

 "Bagaimanapun, dia beria-ria mempertahankan dirinya sambil bersumpah. Kelakar dan geli hati melihat anak sendiri memberi reaksi seperti itu," katanya yang bekerja sebagai pengurus syarikat di Perling, Johor Bahru.

Menurutnya, ada netizen yang 'menghentam' penggunaan perkataan sumpah dalam video itu.

 "Budak kecil tidak tahu apa-apa, dia cakap saja tanpa tahu makna. Manakala penggunaan penyangkut baju pula hanya untuk menggertak saja, bukan pukul.

 "Selama ini, saya hanya menegur anak supaya mereka faham . Tidak pernah sayabmenggunakan kekerasan seperti pukul kerana mereka kecil lagi," katanya yang tidak mengambil kisah kecaman yang diterima daripada netizen.

 Muhamad Nuzulnudin berkata, niatnya memuat naik video itu hanya untuk dikongsi dengan keluarga terdekat.

“Tak sangka daripada ahli keluarga kongsi video itu dan kini sudah tular," katanya.

 Menurut Muhamad Nuzulnudin, anak kecil itu perlu diberi perhatian dan kerap berkomunikasi. 

 "Sejak berusia setahun lapan bulan lagi Airissa petah bercakap kerana saya dan isteri sering berkomunikasi dengannya," katanya.

 

Berikut petikan video berkenaan.

 

Bapa: Faham tak jangan main gunting?

Anak:Faham.hmmm

Bapa: Tangan turun

Anak: Faham.hmm

Bapa: Ni jangan main-main gunting rambut ni faham?

Anak: Faham

Bapa: Tengok sini, faham?

Anak: Faham

Bapa: Betul ke ni?

Anak: Betul

Bapa: Jangan buat lagi sumpah?

Anak: Sumpah

Bapa:Janji?

Anak: Janji

Bapa: Sumpah?

Anak: Tak ada

Bapa: Sumpah?

Anak: Tak ada

Bapa: Faham tak? jangan main gunting?

Anak: Faham. Jangan main gunting

Bapa: Siapa yang buat ni?

Anak: Kak del

Bapa: Dia yang gunting rambut?

Anak: Dia yang gunting rambut.

Bapa: Betul?

Anak:Ha..betul

Bapa: Tak tipu?

Anak: Ha.. tak tipu.

Bapa: Rotan boleh?

Anak:Boleh. Rotan

Bapa: Rotan adik ke rotan Adel?

Anak: Boleh

Bapa: Rotan awak boleh?

Anak: Rotan adik tak boleh

Bapa: Rotan adel boleh?

Anak: Ha..boleh

Bapa: Jangan main gunting eh.

Anak: Ha.. tak main gunting.

 

 

Image: 

Kuala Lumpur: "Saya hanya menyakat anak," kata Muhamad Nuzulnudin Maad, 34, mengenai video kepetahan anaknya Arfah Airissa, 2, yang mendapat perhatian netizen sejak tiga hari lalu.

Hanya sakat anak

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853