Kuala Lumpur: “Saya hanya ingin berkongsi hobi saya dengan peminat selain bermain skuasy. Tarian juga kegemaran saya kerana selain menghiburkan, ia juga dapat melatih kaki untuk bermain skuasy dengan baik,” kata ratu skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengenai video berdurasi 1 minit 30 saat yang dimuat naik di laman sosial miliknya.
Video yang turut disertakan dengan hashtag #nicoldancechallenge membuktikan pemain yang berasal dari Pulau Pinang ini bukan saja hebat di gelanggang tetapi juga memiliki bakat terpendam dalam tarian.
Menurutnya, hashtag itu dibuat demi berkongsi dengan peminat mengenai minatnya dalam tarian selain dapat berhubung secara interaktif dengan mereka di laman sosial.
“Menerusi hashtag itu, peminat perlu meneka siapa pasangan tarian saya. Setiap pasangan berbeza mengikut lokasi kejohanan yang saya sertai. Jika mereka bernasib baik, mungkin saya akan berikan hadiah bagi yang dapat meneka dengan tepat,” kata yang dihubungi hari ini.
Nicol berkata, buat masa ini, hanya pemain skuasy yang turut menyertai kejohanan sama dijemput menjadi pasangan tariannya.
“Tetapi #nicoldancechallenge mungkin boleh dikembangkan jika ada selebriti yang berminat menari dengan saya. Selagi ada yang berminat, selama itu #nicoldancechallenge akan diteruskan,” katanya.
Nicol memuat naik video pertama tariannya dengan pemain skuasy dari Colombia, Miguel Angel Rodriguez di Youtube.
Menampilkan tarian latin, video itu dirakam pada 15 April lalu ketika Kejohanan Skuasy Terbuka Lelaki dan Wanita yang berlangsung di El Gouna, Mesir.