Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Abd Latif letak jawatan

$
0
0
Utama

izlaily@hmetro.com.my

Johor Bahru: Datuk Abd Latif Bandi yang didakwa dengan 33 pertuduhan bersubahat menerima rasuah meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.

Dalam satu kenyataan media melalui pejabat peguamnya, Abd Latif turut menjunjung kasih ke atas Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memberi kepercayaan kepadanya sepanjang berkhidmat sebagai anggota pentadbiran kerajaan negeri.

"Susulan daripada pendakwaan yang dibuat ke atas saya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, semalam, saya dengan ini mengambil tanggungjawab untuk meletakkan jawatan sebagai Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor," katanya.

Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada ahli keluarga, sahabat, rakan Exco, masyarakat Mersing dan badan-badan bukan kerajaan (NGO) serta semua pihak yang memberi sokongan kepadanya untuk melalui proses perundangan dengan seadil-adilnya.

"Terima kasih juga atas kerjasama erat ketua-ketua jabatan dan seluruh warga kerja di bawah portfolio saya sepanjang tempoh perkhidmatan saya.

"Saya memohon maaf atas segala salah silap dan kekurangan saya sepanjang kita bersama," katanya.

Abd Latif sebelum ini mengambil cuti daripada perkhidmatannya dalam kerajaan bagi membersihkan nama selepas anak dan pegawai khasnya ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi siasatan berhubung isu skandal rasuah dan penyelewengan hartanah negeri.

Beliau kemudian turut ditahan SPRM pada 9 Mac lalu bagi siasatan isu yang sama, sebelum semalam didakwa di Mahkamah Sesyen di sini.

Image: 

Johor Bahru: Datuk Abd Latif Bandi yang didakwa dengan 33 pertuduhan bersubahat menerima rasuah meletak jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Negeri Johor.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853