Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Impian pesakit saraf ke Makkah

$
0
0
Utama

Mohd Khidir Zakaria

am@hmetro.com.my

Port Dickson: Kisah seorang pesakit saraf yang berhasrat untuk berdoa di depan Kaabah turut mendapat perhatian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang mahu membantunya mendapatkan bantuan.

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Norhayati Omar berkata, Muhamad Redzuan Haidir, 20, menerima Bantuan Penjagaan Pesakit Terlantar sebanyak RM300 dan Baitulmal RM200 sebulan.

Menurutnya, pihaknya menyedari bantuan diterima itu tidak mencukupi memandangkan ibunya, Norain Ismail, 53, tidak bekerja kerana menjaga Muhamad Redzuan di rumah.

"Kami (JKM) akan berusaha membantu keluarga ini mendapatkan bantuan kewangan lain. Baitulmal mungkin boleh menambah bantuan kewangan tetapi perkara ini perlu dikaji dengan teliti," katanya ditemui selepas melawat pesakit itu di rumah sewanya di bandar Port Dickson di sini, hari ini.

Turut hadir Pengarah JKM negeri, Mohamad Hapil dan Pengerusi 3rd Force Port Dickson, Syed Syukri Nizam Jaafar.

Sementara itu, Muhamad Redzuan berkata, dia sudah terbayangkan berada di depan Kaabah dan tidak pernah berhenti berdoa.

Dia turut mengucapkan terima kasih kepada pihak yang menghulurkan sumbangan termasuk menguruskan usaha untuk membawanya dan ibu ke Makkah.

Image: 

Mohd Khidir Zakaria


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853