Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

SPRM cari 'Ah Chong'

$
0
0
Utama

nurul.hidayah@hmetro.cim.my

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang bekas pemain bola sepak kebangsaan bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan pasukan bola sepak Malaysian Indian Sports Council-Malaysia Indian Football Association (MISC-MIFA).

Jurucakap SPRM berkata, individu yang dicari adalah Khairul Anuar Baharum atau lebih dikenali sebagai ‘Ah Chong’ di kalangan pemain bola sepak tempatan.

"Kami meminta Ah Chong yang pernah bermain untuk pasukan bola sepak Selangor dan Negeri Sembilan itu hadir ke ibu pejabat SPRM secepat mungkin bagi membantu melengkapkan siasatan kes tersebut.

"Jika dia gagal berbuat demikian, tindakan sewajarnya akan diambil terhadap Ah Chong mengikut peruntukan undang-undang sedia ada.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung Ah Chong diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Penguasa Mohd Fadzli Alias di talian 03-88867000 atau 018-2744533.

Khamis lalu, tiga pemain MISC-MIFA ditahan SPRM kerana disyaki menerima rasuah daripada bookie sebagai habuan untuk menentukan keputusan perlawanan bola sepak Liga Perdana.

Image: 