Alor Setar: Ketua Jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe sudah menyerahkan surat perlantikan penolong jurulatih kebangsaan kepada Setiausaha Kehormat Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Aminuddin Omar, Khamis lalu.
Cheng Hoe berkata, beliau menerima surat perlantikan itu daripada Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Rabu lalu dan menyerahkannya kepada KFA keesokan harinya.
Menurutnya, beliau berharap kemelut itu akan dapat diselesaikan secepat mungkin namun pada masa ini masih terikat kontrak dengan KFA dan akan menjalankan tugas seperti biasa.
"Hari ini juga saya bertemu secara rasmi dengan Presiden KFA, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah untuk memaklumkan kepada beliau berhubung perlantikan penolongn jurulatih kebangsaan.
"Pertemuan berlangsung secara santai di mana Datuk Seri (Ahmad Bashah) juga sudah maklum berkaitan surat perlantikan itu," katanya ketika ditemui pemberita di perkarangan Wisma Darulaman, di sini, hari ini selepas bertemu Ahmad Bashah.
Katanya, Ahmad Bashah akan memberitahu keputusan KFA berkaitan perlantikan sebagai penolong jurulatih kebangsaan dalam masa terdekat.