Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Gelora 14 juta orang muda

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Yan: Jumlah daftar pemilih yang layak mengundi di kalangan mereka berusia 21 tahun mencatatkan peningkatan mengikut data suku keempat 2016.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah, berkata 14,305,849 warga Malaysia berusia 21 tahun sudah mendaftar sebagai pengundi.

Katanya, angka itu adalah jumlah keseluruhan 18.16 juta warga Malaysia berusia 21 tahun mengikut rekod Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sehingga 4 Januari 2017.

“Ini menunjukkan penurunan kepada 3,858,471 bagi suku keempat 2016 berbanding 4.1 juta orang pada suku ketiga 2016.

"Pengurangan itu berikutan usaha SPR dan sokongan semua seperti media dalam memberikan kesedaran terhadap hak membuang undi,” katanya pada sidang media selepas Merasmikan Program #Jom Kita Daftar Undi - Singgah Mesra SPR di Kampung Ruat, di sini, hari ini.

Mohd Hashim berkata, SPR yakin dan percaya jumlah ini akan terus berkurangan bagi tempoh suku pertama 2017, yang sedang diproses ketika ini.

Image: 

Yan: Jumlah daftar pemilih yang layak mengundi di kalangan mereka berusia 21 tahun mencatatkan peningkatan mengikut data suku keempat 2016.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853