Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Cayalah Uncle Lee'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

JAMES Lee Chong Meng iaitu pendaki tertua di Malaysia kini menuju Dingboche, Nepal, pada ketinggian 4,410 meter dari aras laut bagi tujuan penyesuaian

Lee, 69, yang dalam misi menawan Gunung Everest akan berada di kawasan itu untuk dua hari - tempat rehat popular di kalangan pendaki dan malim.

Pegawai Perhubungan Awam Lions Mount Everest Expedition (MEE) Sherine Leong, menerusi satu kenyataan menjelaskan pendakian ke Dingboche memerlukan sekurang-kurangnya empat jam.

“Lee tiba di Pangboche, pada kira-kira 5 petang semalam. Mengalami pedih perut mungkin kerana cuaca terlalu dingin. Tapi, dia dah okay sekarang,” katanya.

Lee dan pasukannya tiba di Kathmandu pada 10.15 malam (waktu Nepal), 1 April lalu.

Rakan pendakiannya adalah Eugene Kwan Jyh Sin, 47, Chong Nyuk Kooi, 49, Teng Hee Weng, 48, Berdych Tan Teck Chai dan Jack Oh Jin Heng, masing-masing berusia 32 tahun.

Mereka akan menemani Lee sehinggalah ke Base Camp Mount Everest, sebelum dia meneruskan pendakian ke puncak.

Lee melakukan percubaan buat kali kedua ini bertujuan mencetuskan semangat kepada semua peringkat usia agar menjalani hidup sihat, aktif bermasyarakat dan sayangi alam sekitar.

Tahun lalu, Lee terpaksa membatalkan pendakian peringkat akhir ke kemuncak Gunung Everest ketika sampai di Kem III di ketinggian 7,200 meter berikutan cuaca buruk.

Image: 

JAMES Lee Chong Meng iaitu pendaki tertua di Malaysia kini menuju Dingboche, Nepal, pada ketinggian 4,410 meter dari aras laut bagi tujuan penyesuaian


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853