Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Batal larangan keluar rakyat Korea Utara [METROTV]

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Sepang : Malaysia sudah membatalkan larangan keluar kepada rakyat Korea Utara di Malaysia berkuat kuasa serta merta.

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Anifah Aman berkata, tindakan itu susulan daripada penghantaran pulang mayat abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam ke Korea Utara seperti yang diminta waris si mati.

"Seperti yang anda sedia maklum, proses bedah siasat mayat Jong-nam sudah selesai dan kita sudah menghantar mayatnya balik ke negara asal seperti yang dituntut ahli keluarga.

"Dengan serentak, larangan keluar ke atas rakyat negara itu dari Malaysia turut dibatalkan, " katanya pada sidang media selepas menyambut kepulangan sembilan rakyat Malaysia dari negara itu.

Menurutnya, meskipun mayat sudah dipulangkan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak konsisten untuk meneruskan siasatan kes pembunuhan itu hingga menghadapkan si pelakunya ke muka pengadilan.

Sembilan rakyat Malaysia itu yang tiba pada jam 5 pagi tadi adalah antara 11 yang ditahan di Korea Utara susulan krisis diplomatik antara dua negara sejak 7 Mac lalu.

Semua mereka ialah Noor Saaidah Jamaluddin, 29, (Pembantu peribadi Duta Besar), suaminya Mohd Radzuan Othman, 29, serta bayi mereka Mohamad Radhiy berusia lapan bulan; S. Nirmala Malar Kodi, 45, (Pegawai Tadbir); Mohd Nor Azrin Md Zain, 37, (Kaunselor), isterinya, Iza Karmila Ramli, 35, serta tiga anak iaitu Annur Zulaikha, 6, Aynor Zhafirah, 5, dan Ayscha Zinnirah, 3.

Krisis hubungan diplomatik antara kedua-dua negara tercetus selepas Duta Korea Utara di Malaysia Kang Chol diarahkan pulang kerana mengkritik pihak berkuasa negara ini berhubung penyiasatan kematian abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-nam.

Jong-nam dibunuh dengan cecair beracun yang dikenal pasti Polis Diraja Malaysia sebagai ‘VX Nerve Agent’ ketika berada di klia2 untuk menaiki pesawat ke Macau, 13 Februari lalu

Jong-nam, yang memiliki pasport tertera nama Kim Chol, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya.

Dua wanita warga asing iaitu Siti Aisyah, 25, dari Indonesia dan Doan Thi Huong, 29, dari Vietnam didakwa membunuh Jong-nam di Mahkamah Majistret Sepang pada 1 Mac lalu.

Berita berkaitan:

Selamat tiba dari Korea Utara

Pembunuhan Jong-nam

Image: 

Sepang : Malaysia sudah membatalkan larangan keluar kepada rakyat Korea Utara di Malaysia berkuat kuasa serta merta.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853