Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Suspek serang London dikenal pasti

$
0
0
Utama

London: Suspek yang merempuh pejalan kaki dan menikam anggota polis ketika serangan ke atas parlimen Britain, Rabu lalu dikenal pasti polis sebagai Khalid Masood.

Polis Metropolitan London dalam satu kenyataan berkata, Masood, 52, juga dikenali dengan beberapa nama lain.

Dia dilahirkan di Kent di tenggara England dan tinggal di West Midlands.

Polis berkata, Massod mempunyai beberapa sabitan dari 1983 hingga 2003 termasuk serangan hingga mencederakan mangsa, pemilikan senjata dan kesalahan kentereaman awam.

Namun, Masood tidak pernah didakwa berhubung kesalahan pengganas dan dia “bukan tumpuan siasatan dan tiada maklumat sebelumn ini mengenai niat melakukan serangan pengganas,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Theresa May berkata, suspek serangan itu pernah disiasat oleh agensi risikan MI5 "berhubung kebimbangan mengenai keganasan ekstrem."

Dalam serangan Rabu lalu, tiga orang maut termasuk anggota polis maut manakala Masood ditembak mati.

Polis turut menahan lapan orang di enam lokasi di London dan Birmingham berhubung siasatan serangan itu.

Berita berkaitan:

Daish mengaku serang Britain

-->

8 suspek ditahan

Rakyat kita selamat

Pelajar sekolah antara 40 cedera

-->

Tiga maut dilanggar, polis mati ditikam

Image: 

London: Suspek yang merempuh pejalan kaki dan menikam anggota polis ketika serangan ke atas parlimen Britain, Rabu lalu dikenal pasti polis sebagai Khalid Masood.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853