London: Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab bagi serangan di luar Parlimen Britain yang menyebabakn empat kematian termasuk penyerangnya.
Pengakuan ini adalah kali pertama kumpulan itu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan di Britain
Agensi berita kumpulan itu, Amaq berkata dalam satu kenyataan: "Penyerang di luar Parlimen Britain adalah askar Daish dan melaksanakan operasi untuk menyahut seruan menyasarkan orang awam negara pakatan tentera (yang menyasarkan lokasi Daish di Syria serta Iraq."
Britain adalah ahli pakatan diketuai Amerika Syarikat yang menentang Daish di Iraq dan Syria.
Dalam serangan semalam, suspek merempuh beberapa orang di Westminster Bridge sebelum terhempas di pagar di luar parlimen.
Suspek kemudian cuba memasuki bangunan itu dan menikam anggota polis hingga maut sebelum ditembak mati anggota keselamatan.
Serangan itu membunuh dua orang awam manakala 40 yang lain cedera.
Tujun mangsa dalak keadaan kritikal akibat kecederaan.
Perdana Menteri Britain, Theresa May hari ini berkata, penyerang itu “dilahirkan di Britain” dan telah disiasat “beberapa tahun lalu... berhubung keganasan ekstrem.”
Serangan di London ini berlaku setahun selepas serangan di Brussels yang menyebabkan 32 orang maut dan lebih 340 cedera.

London: Kumpulan militan Daish mengaku bertanggungjawab bagi serangan di luar Parlimen Britain yang menyebabakn empat kematian termasuk penyerangnya.



