Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Omsin' korban 'syiling harapan'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Bangkok: ‘Omsin’, penyu betina yang mendapat perhatian dunia kerana menelan hampir seribu syiling seberat 5 kilogram, mati akibat keracunan darah, hari ini.

Kematian reptilia itu, yang juga dikenali dengan nama ‘Piggy Bank’ di Thailand, diumumkan Nantarika Chansue, pakar veterinar di Pusat penyelidikan Akuatik, Chulalongkorn University.

“Omsin mati pada 10.10 pagi ini (waktu tempatan),” katanya kepada pemberita, yang sentiasa menantikan maklumat terkini mengenai reptilia itu sejak tersebarnya berita keadaan kesihatannya merosot beberapa hari lalu.

Nantarika dan pasukannya menjaga penyu berusia 25 tahun itu sejak mereka melakukan pembedahan selama tujuh jam bagi mengeluarkan syiling seberat 5kg daripada saluran penghadamannya awal bulan ini.

Berita pembedahan terhadap ‘Omsin’ menarik perhatian media antarabangsa dan usaha memulihkan kesihatannya menjadi tumpuan akhbar tempatan manakala rakyat Thailand pula mengharapkan reptilia itu segera sembuh.

Sebelum memperoleh status antarabangsa, penyu itu ditempatkan di sebuah kolam di Wilayah Chon Buri, yang menjadi tumpuan penduduk tempatan yang melempar syiling dengan harapan memperoleh tuah.

Image: 

Bangkok: ‘Omsin’, penyu betina yang mendapat perhatian dunia kerana menelan hampir seribu syiling seberat 5 kilogram, mati akibat keracunan darah, hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853