Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Bagai kaca terhempas ke batu

$
0
0
Utama

maryvictoria@hmetro.com.my

Johor Bahru: Pesakit barah tiroid tahap empat cekal menemani suaminya yang koma akibat mati otak kerana lelah di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, sejak 5 Mac lalu.

Saripah Palichok, 32, berkata nasibnya bagaikan jatuh ditimpa tangga selepas disahkan menghidapi barah, November lalu.

Dia berkata, suaminya, Mohd Nasir Mat Jusoh, 45, pula menghidap lelah kritikal, dua minggu lalu.

Menurutnya, dia kini menemani suaminya di HSA dan harus berulang-alik ke Hospital Sultan Ismail (HSI) seminggu sekali bagi merawat barah yang dihidapinya.

“Saya tidak dibenarkan untuk menjalani rawatan kemoterapi kerana jantung agak lemah dan hanya bergantung kepada ubat.

“Saya ada tiga anak berusia antara 5 hingga 14 tahun. Saya minta bantuan ibu yang menetap di Bakar Batu, Stulang, untuk mengurus makan minum mereka.

"Keluarga kami boleh dikatakan kini hilang punca pendapatan. Sebelum ini, kami bergantung kepada pendapatan suami RM2,000 sebagai pemandu jentera berat,” katanya yang menetap di Permas Jaya.

Image: 

Johor Bahru: Pesakit barah tiroid tahap empat cekal menemani suaminya yang koma akibat mati otak kerana lelah di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, sejak 5 Mac lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853