Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Abang, adik, teman 'satu taman'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Bukit Beruntung: Mohd Shahrizat, 12, adiknya, Mohd Shahrizwan, 10, dan Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari ini.

Ibu bapa kanak-kanak itu turut berada di kubur mengaminkan bacaan talkin dan doa yang dipimpin setiausaha surau Abu Bakar Ali Bashah, Rosli Abdullah.

Tiga kanak-kanak itu ditemui lemas di Sungai SKC, Kampung Timah, di sini, petang semalam, selepas dikatakan memancing di longkang besar Jalan Kekwa.

Terdahulu, ketiga-tiga jenazah berkanaan disolatkan di Abu Bakar Ali Bashah.

Arwah Mohd Shahrizat, Mohd Shahrizwan dan Amirul Hakimi adalah antara lima sahabat ditemui lemas dalam tragedi ‘ditelan’ kepala air di Sungai SKC, pada kira-kira 6 petang semalam.

Rakan mereka yang turut terkorban adalah Mohd Aiman Fitri Md Asmadi, 12, dan Mohd Iskandar Shah Abdullah, 11.

Dua lagi rakan mereka, Muhammad Aiman Kamarul, 12, Mohd Ikhwan Mohd Ridhuan, 10, masih belum ditemui sehingga berita ini disiarkan.

Muhammad Shahir Azman, 12, adalah satu-satunya yang terselamat dalam kejadian itu dan dikatakan trauma.

Image: 

Bukit Beruntung: Mohd Shahrizat, 12, adiknya, Mohd Shahrizwan, 10, dan Amirul Hakimi Mohd Kharul Amru, 10, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Beruntung, tengah hari ini.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853