Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Jepun bantu kenal pasti Jong-nam

$
0
0
Utama

Kuala Lumpur: Cap jari Kim Jong-nam dan data lain yang disediakan Jepun dilaporkan membolehkan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan identiti mayat lelaki yang mati dibunuh di Klia 2 itu sebagai Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Akhbar Straits Times Singapura yang memetik laporan agensi berita Jepun Kyodo, melaporkan cap jari Jong-nam diperolehi pihak imigresen Jepun ketika dia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo, pada 2001, ketika cuba masuk menggunakan pasport palsu.

Dalam laporan itu semalam, Kyodo yang memetik sumber menyatakan Jepun juga menawarkan data ciri-ciri fizikal Jong-nam, termasuk gambar mukanya.

Maklumat terbabit dipercayai membantu pihak berkuasa Malaysia mengesahkan identiti mangsa berikutan tiada ahli keluarga Jong-nam tampil memberi sampel DNA untuk proses pengesahan.

Jumaat lalu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan lelaki Korea Utara menggunakan nama Kim Chol dalam pasportnya yang dibunuh di Klia2 pada 13 Februari lalu, adalah Kim Jong-nam,

“Kim Chol disahkan sebagai Kim Jong-nam dan maklumat pengesahan itu diterima semalam.

“Bagaimanapun, saya tidak akan mendedahkan cara identitinya dikenal pasti bagi melindungi saksi,” katanya.

Menurut Kyodo, ia adalah bantuan pertama siasatan kes berkenaan daripada Jepun yang diketahui dan negara lain, termasuk Amerika Syarikat juga dipercayai membantu siasatan atau memberi perlindungan kepada keluarga Jon-nbam.

Amerika dan Korea Selatan menuduh Pyongyang mengarahkan pembunuhan Jong-nam yang tinggal dalam buangan namun dinafikan Korea Utara dengan menegaskan Kim Chol mati akibat serangan jantung.

Namun, bedah siasat pasukan penyiasat Malaysia mendapati Jong-nam mati akibat terdedah kepada agen saraf VX yang disenaraikan sebagai senjata kimia oleh PBB.

Image: 

Kuala Lumpur: Cap jari Kim Jong-nam dan data lain yang disediakan Jepun dilaporkan membolehkan pihak berkuasa Malaysia mengesahkan identiti mayat lelaki yang mati dibunuh di Klia 2 itu sebagai Jong-nam, abang tiri pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853