Ipoh: Seorang wanita ditemui mati dalam keadaan tertiarap dalam bilik tidur rumahnya di Taman Dato Lew Yap Sip, Ampang, di sini, dengan kesan luka di belakang badan dipercayai dibunuh, awal pagi hari ini.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa Hamidah Abdul Rahman, 53, ditemui anak bongsunya yang ingin mengejutkannya bangun pagi.
Difahamkan, mangsa baru saja bertunang dengan seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh pada Khamis lalu dan merancang berkahwin pada Mei nanti.
Anaknya, Noor Shairah Hussin, 17, berkata, dia terkejut apabila menemui mayat ibunya dalam keadaan tertiarap dengan kesan luka dan terdapat kesan terbakar pada bahagian kerusi meja solek serta langsir.
Katanya, ibunya dipercayai pulang ke rumah pada jam 12.30 tengah malam selepas berjumpa rakan jam 8 malam semalam.
Jurucakap polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.