Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Tahun ini kita sasar 50,000 pelajar'

$
0
0
Utama

azimfitri@mediaprima.com.my

Bera: Kerajaan menjuruskan sasaran membantu lebih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan peluang ke menara gading dalam Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata JPB 2017 diwujudkan bagi memberi peluang kepada pelajar Bumiputera kurang berkemampuan dan mereka yang mempunyai keputusan baik tetapi tiada kesempatan untuk melanjutkan pengajian seperti dilaksana pada JBP 2016.

"Jika tahun lalu, kerajaan membantu 37,324 pelajar ke IPT, tahun ini kita sasar 50,000 pelajar akan mendapat peluang daripada program yang kita wujudkan," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran JBP 2017 di Padang Majlis Daerah Bera, di sini, hari ini.

Najib berkata, JBP 2017 membabitkan 13 rakan strategik, 18 universiti awam serta 100 sekretariat yang akan menjelajah ke seluruh negara.

Beliau berkata, 55 parlimen di seluruh negara akan terbabit dalam mengenal pasti pelajar lepasan SPM dari 2012 hingga 2016 untuk dibantu.

Image: 

Bera: Kerajaan menjuruskan sasaran membantu lebih ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mendapatkan peluang ke menara gading dalam Program Jelajah Pendidikan Bumiputera (JPB) 2017.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853