Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lelaki Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu adalah Kim Jong-nam.
Jong- nam adalah abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un yang menggunakan identiti Kim Chol pada dokumen pengenalan dirinya ketika kejadian bulan lalu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, hasil siasatan pihaknya dapat mengesahkan identiti sebenar lelaki berusia 46 tahun yang dibunuh dengan agen saraf VX.
"Kim Chol disahkan sebagai Kim Jong-nam dan maklumat pengesahan itu diterima semalam.
"Bagaimanapun, saya tidak akan mendedahkan cara identitinya dikenal pasti bagi melindungi saksi, " katanya pada sidang media selepas Majlis Penutupan Projek Rintis Balai Polis Moden, di sini, hari ini.

Kuala Lumpur : Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan lelaki Korea Utara yang dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2(KLIA2) pada 13 Februari lalu adalah Kim Jong-nam.



