Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sindiket seludup dadah RM50 juta tumpas [METROTV]

$
0
0
Utama

nurul.hidayah@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang membawa masuk 2.5 juta pil eramin 5 bernilai RM50 juta melalui Pelabuhan Klang, Selangor, Rabu lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, serbuan dilakukan hasil maklumat risikan dijalankan pihaknya melalui Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (STING) bersama Jabatan Kastam Diraja Malaysia.

"Siasatan awal mendapati sindiket itu mengimport dadah berkenaan dari Taiwan yang dibawa masuk melalui kontena ke Pelabuhan Klang.

"Pil eramin 5 itu dijumpai disembunyikan di dalam sofa dan meja dalam kontena berkenaan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, hasil penemuan itu, pihaknya membuat serbuan di sekitar Kuala Lumpur dan menahan 10 lelaki berusia 29 hingga 57 tahun.

"Pemeriksaan lanjut mendapati dua daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine dan memiliki dua rekod jenayah lampau. Dalam serbuan itu juga, kami turut menemui 800 pil ekstasi.

"Kami turut merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dan tempatan berjumlah RM900,000, lima kereta, sembilan jam tangan berjenama dan barang kemas. Jumlah keseluruhan sitaan harta bernilai RM2 juta," katanya.

Katanya, semua yang ditahan direman selama tujuh hari untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Image: 

Kuala Lumpur: Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah yang membawa masuk 2.5 juta pil eramin 5 bernilai RM50 juta melalui Pelabuhan Klang, Selangor, Rabu lalu.

Sindiket seludup dadah RM50 juta tumpas

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853