Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

AFC ada alasan tukar venue

$
0
0
Mutakhir

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara berkenaan mengukuhkan permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menukar venue perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar percaya Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sudah mempunyai alasan yang wajar susulan tindakan terbaru Korea Utara itu.

"AFC dilaporkan sudah menerima permohonan FAM dan mahu mendapatkan maklumat tambahan terhadap penilaian keselamatan yang dibuat.

"Namun saya merasakan tindakan Korea Utara hari ini secara tidak langsung menjawab kepada AFC. Jika mereka boleh lakukan terhadap pegawai kedutaan Malaysia, tidak mungkin kita akan menghantar skuad bola sepak ke sana," katanya.

Semalam FAM memohon gelanggang berkecuali untuk aksi Malaysia bertemu Korea Utara yang dijadualkan berlangsung di Pyongyang penghujung bulan ini.

Tindakan FAM adalah susulan arahan kerajaan tidak membenarkan Harimau Malaysia terbang ke Pyongyang atas faktor keselamatan.

AFC bagaimanapun masih belum memberikan kata putus tentang permohonan FAM itu.

Image: 

Kuala Lumpur: Tindakan Korea Utara menghalang rakyat Malaysia meninggalkan negara berkenaan mengukuhkan permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menukar venue perlawanan kelayakan Piala Asia 2019.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853