Kuching: Kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai status 170 warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak.
Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Abang Openg berkata, perkara itu akan diperhalusi dengan nasihat yang diterima daripada KDN susulan arahan terbaru kerajaan tidak membenarkan rakyat Korea Utara meninggalkan negara ini.
Menurutnya, kerajaan negeri juga akan mendapatkan pandangan daripada Kementerian Luar.
"Sebarang keputusan mengenai status warga Korea Utara hanya akan diketahui selepas perbincangan lanjut dalam masa terdekat," katanya.
Sehingga kini, 170 warga Korea Utara berkerja di Sarawak dalam sektor perlombongan arang batu di Sri Aman manakala pembinaan dan hidro di Lawas.
Hari ini, Korea Utara mengeluarkan arahan menghalang rakyat Malaysia daripada meninggalkan negara berkenaan dan Malaysia juga menghalang pegawai dan kakitangan negara itu sebagai respon tindakan terbabit.

Kuching: Kerajaan negeri akan mendapatkan pandangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengenai status 170 warga Korea Utara yang bekerja di Sarawak.



