Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Status diketahui esok

$
0
0
Mutakhir

Kuala Lumpur: Status perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang bakal diketahui selewat-lewatnya esok.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan mengadakan perbincangan bersama Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini bagi mengetahui perkembangan terkini perkara berkenaan sebelum sebarang keputusan dilakukan.

"Keputusan perbincangan itu serta status perlawanan akan dimaklumkan oleh FAM kepada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) hari ini atau esok," katanya.

Beliau berkata selepas menghadiri istiadat pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Parlimen Ke-13 oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V hari ini.

Malaysia dijadual menentang Korea Utara di Stadium King II-sung pada 28 Mac ini.

Hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara tegang selepas berlaku pembunuhan warga Korea Utara, Kim Chol pada 13 Februari lalu.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada 4 Mac mengisytiharkan Duta Besar Korea Utara, Kang Chol sebagai 'Persona Non Grata' dan diberi tempoh 48 jam untuk meninggalkan Malaysia.

Image: 

Kuala Lumpur: Status perlawanan bola sepak pusingan kelayakan Piala Asia 2019 antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang bakal diketahui selewat-lewatnya esok.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853