Sri Aman: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh isterinya di kediaman mereka di Rumah Panjang Brandah, Tanjung Rirang, di sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, suspek berusia 36 tahun dikatakan bertengkar dengan isterinya yang berusia 28 tahun dan disedari ahli keluarga yang tinggal di rumah sama.
Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Superintendan Othman Sulaiman berkata, polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mayat wanita itu terbaring di dalam bilik.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati mangsa mengalami lebam di muka namun tiada sebarang pendarahan di badan atau senjata ditemui.
"Berdasarkan maklumat daripada ahli keluarga mangsa, pasangan terbabit sering bergaduh namun kali terakhir mereka dilihat minum teh bersama di dapur beberapa jam sebelum kejadian.
"Suami mangsa yang bekerja sebagai buruh kasar ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.
Sri Aman: Polis menahan seorang lelaki selepas dipercayai membunuh isterinya di kediaman mereka di Rumah Panjang Brandah, Tanjung Rirang, di sini, awal pagi tadi.