New York: Tommy Page, bekas bintang pop yang lagunya ‘I’ll Be Your Everything’ menduduki tangga teratas pada 1990 dan kemudian menjadi eksekutif syarikat rakaman, penerbit majalah Billboard serta naib presiden Pandora, meninggal dunia semalam pada usia 46 tahun.
Pengarah Pengarang Billboard.com, Denise Warner berkata, mayat Page ditemui di kediamannya di sini, mungkin kerana membunuh diri.
Page mula bekerja di majalah berkenaan selaku penerbit bersekutu pada 2011 sebelum dinaikkan menjadi penerbit setahun kemudian.
Page juga pernah menjadi eksekutif di Warner Bros. Records, tempat dia membantu membentuk karier Michael Buble, Alanis Morissette, Josh Groban dan Greenday.