Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Korea Utara salahkan Malaysia [METROTV]

$
0
0
Utama

Seoul: Korea Utara hari ini menyalahkan Malaysia bagi kematian seorang rakyatnya minggu lalu.

Mereka turut menuduh kerajaan ‘bersikap tidak mesra’ dalam senario yang dibuat oleh Korea Selatan.

Korea Selatan mempercayai ejen Pyongyang membunuh Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un.

Agensi berita rasmi Korea Utara, KCNA berkata, Malaysia pada mulanya memberitahu Korea Utara seorang lelaki meninggal dunia akibat serangan jantung di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2), 13 Februari lalu.

KCNA mendakwa Malaysia menukar posisinya dan mula merumitkan keadaan selepas muncul laporan di Korea Selatan yang menyatakan lelaki itu diracun, kata jurucakap jawatankuasa negeri.

“Apa yang perlu diberi lebih perhatian adalah perbuatan Malaysia ini berlangsung bersamaan konspirasi anti-Korea Utara dilancar oleh pihak berkuasa Korea Selatan.

“Tanggungjawab bagi kematiannya terletak pada kerajaan Malaysia kerana warga negara Korea Utara maut di Malaysia,” kata KCNA.

Malaysia turut dituduh melanggar undang-undang antarabangsa apabila melakukan bedah siasat ke atas seorang yang dikatanya pemegang pasport diplomatik.

Semalam, Polis Diraja Malaysia mengenal pasti Setiausaha Kedua Kedutaan Korea Utara di Malaysia, Hyon Kwang-song, 44, serta pekerja syarikat penerbangan Air Koryo, Kim Uk-il, 37, dipercayai terlibat kes pembunuhan Kim Jong-nam, abang berusia 46 tahun kepada Kim Jong-un.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, mereka berada di Malaysia tetapi tidak dapat mengesahkan jika mereka berada di Kedutaan Korea Utara di sini.

Setakat ini, polis mengenal pasti lapan warga Korea Utara disyaki terbabit dalam kes ini. Seorang daripada mereka sudah ditahan.

Dalam kejadian 13 Februari lalu, Jong-nam maut selepas dikatakan disembur dan ditekup dengan kain mengandungi cecair racun di klia2.

Berita berkaitan:

Pembunuhan Jong-Nam

Image: 

Seoul: Korea Utara hari ini menyalahkan Malaysia bagi kematian seorang rakyatnya minggu lalu.

Buru kakitangan kedutaan, Air Koryo

Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853