Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

'Mana anak saya...'

$
0
0
Utama

am@hmetro.com.my

Kota Bharu: Seorang ibu yang belum mengetahui anaknya sudah meninggal dunia akibat kemalangan semalam, bertanya di mana anaknya itu dan mahu berjumpa dengannya.

Sambil menangis, Wan Noor Haslinda Abd Rasyid, 19, berkata tidak mahu lagi hilang anak selepas keguguran beberapa bulan lalu.

“Mana anak saya? Saya mahu berjumpa dengannya. Saya belum tengok dia lagi sejak semalam.

“Dia saja harapan saya dan saya teringin sangat nak jumpanya. Saya belum jumpa dia lagi selepas kemalangan.

“Saya tidak mahu kehilangan dia. Cukuplah selepas saya alami keguguran ketika kandungan memasuki lima bulan beberapa hari lalu,” katanya ketika ditemui di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini, tengah hari tadi..

Wan Noor Haslinda ketika itu baru beberapa jam sedar selepas menerima rawatan akibat kecederaan serius di muka dan kepalanya kerana terbabit kemalangan di jalan Kampung Wakaf Tok Wali, Padang Kala di sini, jam 4.30 petang semalam.

Dalam kejadian itu, motosikal jenis Yamaha 135 LC ditunggang bersama suami, Mohd Hazfiran Moh Jena, 25, dan anak mereka, Mohamad Hazrul Irfan, 3, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Kubang Ikan, Jerteh, Terengganu melanggar belakang kereta Perodua Kelisa yang dipercayai mahu menukar lorong.

Akibatnya, Mohamad Hazrul Irfan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala mereka cedera dan menerima rawatan di HRPZ II.

Sementara itu, Mohd Hazfiran berkata, dia perlu mencari masa sesuai untuk memaklumkan keadaan sebenar anak mereka kepada Wan Noor Haslinda kerana tidak mahu menjejaskan emosi wanita itu.

“Saya sudah reda dengan ketentuan Illahi ini dan tahu anak saya berada di sisi Allah serta menunggu kami di sana. Cuma, isteri perlu ditenangkan terlebih dulu.

“Lambat laun dia perlu tahu berita ini dan menerimanya dengan reda,” katanya yang memberitahu jenazah anaknya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kubang Ikan, pagi semalam.

Image: 

Kota Bharu: Seorang ibu yang belum mengetahui anaknya sudah meninggal dunia akibat kemalangan semalam, bertanya di mana anaknya itu dan mahu berjumpa dengannya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853