Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Johor DT menang

$
0
0
Mutakhir

sab@hmetro.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta'zim (Johor DT) memanfaatkan peluang beraksi di gelanggang sendiri apabila memperoleh tiga mata selepas menewaskan Boungket Angkor FC 3-0 dalam aksi pertama saingan Kumpulan F Piala AFC di Stadium Larkin malam tadi.

Anak didik Benjamin Mora tidak menunggu lama apabila menjaringkan gol sulung pada minit kedua perlawanan menerusi sepakan Gabriel Guerra.

Lapan minit kemudian Johor DT menambah jaringan kedua apabila sepakan S Kunanlan berjaya disudahkanMuhammad Nazmi pada minit ke-10 membolehkan pasukan Harimau Selatan itu mendahului pada babak pertama perlawanan.

Kapten pasukan Johor DT, Safiq Rahim menambah gol ketiga menerusi sepakan pada minit ke-88 sebelum pasukan tuan rumah kekal mendahului 3-0 hingga tamat perlawanan.

Image: 