Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dua maut, empat cedera parah

$
0
0
Utama

mohdhelmi@hmetro.com.my

Seremban: Dua lelaki berusia 30-an terbunuh dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jalan Seremban-Kuala Pilah, berhampiran Bukit Putus di sini, hari ini, dengan satu daripada kereta terbabit terputus dua.

Jurucakap bomba berkata, tiga wanita dan seorang lelaki berusia 30-an cedera parah dalam kemalangan 8.10 pagi itu.

Buat masa ini identiti mangsa yang terbunuh dan cedera masih belum diketahui.

Menurutnya, kemalangan itu berlaku apabila kereta Perodua MyVi dari arah Seremban bertembung dengan Perodua Kelisa.

“Bomba yang menerima panggilan kecemasan mengenai kemalangan itu mengerahkan 16 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Senawang serta Seremban ke lokasi.”

“Sebaik tiba, dua lelaki didapati sudah meninggal dunia manakala tiga wanita serta seorang lelaki parah.

"Mayat dan mereka yang cedera dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, untuk tindakan lanjut," katanya.

Image: 