Kota Bharu: Mayat bayi yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui di dalam tong sampah di bilik asrama kolej swasta di sini, 3 petang tadi.
Dalam kejadian itu, bayi yang cukup sifat itu ditemui di dalam plastik yang dibungkus dengan seluar.
Timbalan Ketua Polis Kelantan, Senior Asisten Komisioner II Din Ahmad berkata, penemuan mayat bayi itu terbongkar selepas pengawal keselamatan kolej itu terdengar perbualan beberapa penuntut yang menemui titisan darah di dalam bilik.
"Penuntut ini kemudian membawa pengawal keselamatan ke bilik berkenaan untuk menunjukkan tompokan darah yang banyak di katil dan di atas lantai.
"Pemeriksaan lanjut menemui plastik berisi mayat bayi yang dibungkus denga seluar di dalam tong sampah
"Kita percaya bayi yang sudah meninggal dunia itu baru dilahirkan ," katanya di sini.
Menurutnya, mayat bayi berkenaan dibawa ke Balai Polis Kota Bharu oleh pengawal keselamatan itu, 6.21 petang tadi sebelum dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.
Mengulas lanjut, siasatan awal polis mendapati bayi berkenaan dilahirkan oleh penuntut wanita berusia 19 tahun kolej berkenaan.
"Sebelum itu pada 8 pagi, suspek dibawa ke hospital oleh pihak kolej selepas dia mengadu sakit dan ketika mayat bayi itu ditemui suspek masih berada di hospital.
"Keadaannya dilaporkan stabil dan akan disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
Kota Bharu: Mayat bayi yang belum dikenal pasti jantinanya ditemui di dalam tong sampah di bilik asrama kolej swasta di sini, 3 petang tadi.