Kota Kinabalu: Pesara polis sukarelawan, isteri dan anak lelaki mereka ditemui rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, di Taman Bunga Raya, Luyang, di sini, kira-kira 1 pagi tadi.
Yong Wei Keong, 70, isterinya, Chong Fui Yuen, 50, dan anak mereka, Peter Yong, 30, masing-masing ditemui di bilik mandi, dapur dan tandas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Khairul Azwan Ibrahim, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.08 pagi.
Katanya, lima jentera dengan kekuatan 29 anggota kemudian dikerah ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, tiga rumah terbakar. Satu daripadanya musnah manakala dua lagi hanya 50 peratus terbakar.
"Hasil daripada pemeriksaan kami menemui tiga mangsa rentung dipercayai anak beranak dalam rumah yang musnah itu," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, ketiga-tiga mangsa dipercayai tidur ketika kejadian dan semua mayat mangsa dikeluarkan dan kemudian kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.
Menurutnya, operasi terkawal, pada 1.38 pagi, dan punca kejadian masih dalam siasatan JBPM Sabah.
adamamana
Kota Kinabalu: Pesara polis sukarelawan, isteri dan anak lelaki mereka ditemui rentung selepas rumah mereka musnah dalam kebakaran, di Taman Bunga Raya, Luyang, di sini, kira-kira 1 pagi tadi.