Sungai Petani: Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah agama di sini, mendakwa nyaris diculik tiga lelaki di hadapan sekolahnya, kira-kira jam 4.15 petang semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Md Zukir Md Isa berkata mangsa yang berusia 13 tahun memberitahu, dia ditarik dua lelaki masuk ke dalam van berwarna putih dipandu seorang lagi suspek.
"Mangsa sempat menggigit tangan seorang suspek sebelum melarikan diri dengan terjun keluar dari van setelah mendapati pintu kenderaan itu tidak ditutup rapat.
"Mangsa yang sedar dia berada di pekan Tikam Batu terus menghubungi bapanya menggunakan telefon awam untuk meminta pertolongan dan dibawa pulang ahli keluarganya," katanya.
Md Zukir berkata, ketika ditangkap dia tidak diugut atau dicederakan tetapi mendakwa suspek ada memberitahu dia akan dibawa ke Thailand.
Susulan kejadian itu, satu laporan polis dibuat keluarga mangsa manakala kes disiasat mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan. - Bernama
culikk.jpg
Sungai Petani: Seorang pelajar lelaki tingkatan satu sebuah sekolah agama di sini, mendakwa nyaris diculik tiga lelaki di hadapan sekolahnya, kira-kira jam 4.15 petang semalam.