Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sultan Ibrahim titah 'beri masa'

$
0
0
Utama

am@mediaprima.com.my

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan anakandanya, Tunku Ismail dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongres badan itu.

Wakil ahli gabungan 14 Persatuan Bolasepak negeri dan kelab FAM, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi berkata, keputusan itu dibuat selepas baginda bertemu 14 delegasi di bawah naungan FAM yang mahukan Tunku Mahkota Johor menerajui FAM, hari ini.

"Dalam pertemuan selama hampir sejam, baginda Sultan Johor mahu sokongan tanpa berbelah bagi semua yang hadir.

"Selain itu, baginda bertitah supaya memberikan anakandanya masa untuk membawa perubahan dan jangan menetapkan tahun tertentu," katanya pada sidang media.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Melaka berkata, wakil dari Persatuan Bolasepak Pulau Pinang tidak dapat hadir kerana perlu menghadiri mesyuarat agong persatuan itu.

Selain Pulau Pinang, hanya wakil dari Perak, Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang dan Polis Diraja Malaysia tidak hadir.

Image: 

Johor Bahru: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berkenan anakandanya, Tunku Ismail dicalonkan sebagai Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam kongres badan itu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853