Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tekong bot atas kesalahan membawa penumpang melebihi muatan.
Tekong bot katamaran, Sharezza Salian, 26, didakwa melakukan kesalahan di Jeti Pondok Hentian Rehat, Lorong Mustapa Tuah, Kampung Tanjung Aru Lama, di sini, pada 9.15 pagi.
Pertuduhan dibacakan Timbalan Pendakwa Raya, Aida Fatimah Jabar dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen Ainul Shahrin Mohamad.
Tertuduh yang berasal dari Kampung Pasir Putih, Pulau Gaya, yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 282 Kanun Keseksaan.
Ainul Shahrin yang menerima pengakuan bersalah tertuduh kemudian memutuskan hukuman penjara enam bulan dari tarikh dia ditangkap.
Sementara itu, tiada pengakuan diambil terhadap pemilik bot katamaran Leong Vin Jee, 44.
Sehubungan itu, Ainul menetapkan sebutan semula kes, Isnin depan, di Mahkamah Majistret.
Bagaimanapun, tertuduh Leong Vin dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin tempatan sementara pasport diambil serta melaporkan diri dua kali sebulan di Balai Polis Tanjung Aru, di sini.
Kota Kinabalu: Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara enam bulan terhadap tekong bot atas kesalahan membawa penumpang melebihi muatan.