Selat Melaka: Kapal Nautical Aliya yang kini sedang merentasi perairan Selat Melaka dijangka tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar, 8 Februari ini.
Ketua Misi ‘Food Flotilla For Myanmar’, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, berkata kapal itu berlepas daripada Pelabuhan Utara, pada 7.05 pagi ini, selepas mengalami masalah teknikal menyebabkan ia ditangguh kira-kira sepuluh jam.
Bagaimanapun, katanya, ia memberi ruang kepada petugas mengisi 500 tan barangan lagi ke dalam kapal menjadikan keseluruhannya berjumlah 2,300 tan.
"Semuanya ada hikmah. Kita dapat isi 500 tan lagi untuk dibawa bersama misi ini.
“Kita jangka akan berada di Pulau Jarak, kira-kira 7 malam ini. Seterusnya memasuki Laut Andaman, pada pagi Isnin," katanya pada sidang media, hari ini.
Abdul Azeez berkata, kapal diiringi dua kapal Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Malaysia) dan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) sepanjang berada di perairan negara.
Selat Melaka: Kapal Nautical Aliya yang kini sedang merentasi perairan Selat Melaka dijangka tiba di Pelabuhan Yangon, Myanmar, 8 Februari ini.