Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Sihat, cukup makan...

$
0
0
Utama

mazizul@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: "Singa dan harimau kami sihat, cukup makan dan perkembangannya sentiasa dipantau setiap hari," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Melaka, Raja Segran.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai gambar haiwan berkenaan yang didakwa dianiaya dan kurus kering tular di Facebook (FB) sehingga mengundang kemarahan netizen.

"Usia singa yang ada di zoo kami lebih 20 tahun sedangkan di habitat asal, hayatnya sekitar 11 hingga 14 tahun saja.

"Ini membuktikan dua ekor singa yang ada di sini sihat dalam penjagaan kami dengan diet lima kilogram (kg) daging segar sehari mengikut program makanan yang kami aturkan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Raja Segran berkata, ketika gambar itu dirakam, singa itu juga menunjukkan tingkah laku yang normal.

"Singa kebiasaannya menghabiskan masa untuk tidur sehingga 20 jam sehari dan itu yang anda nampak dalam gambar berkenaan.

"Haiwan itu juga adalah bersifat nokturnal, iaitu lebih aktif pada sebelah malam untuk mendapatkan makanan," katanya.

Zoo Melaka juga katanya melatih haiwan berkenaan untuk 'memburu' bagi mendapatkan makanan.

"Pasukan kami yang komited mengatur program untuk haiwan itu dengan 'mempersembahkan' makanan dalam cara dan bentuk berbeza.

"Ini untuk jadikan suasana itu semulajadi kerana ia perlu cergas dan sentiasa teruja untuk dapatkan makanan," katanya.

Raja Segran berkata, pihak Tourism Malaysia dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar Dan Taman Negara (PERHILITAN) juga sudah melawat haiwan itu semalam.

Kedua-dua pihak berpuas hati dengan keadaan dua singa (kedua-duanya jantan) dan enam harimau di zoo (tiga jantan dan tiga betina) itu selepas kebersihan kandang terjaga dan dipantau setiap hari secara visual.

"Kami menghargai keprihatinan orang ramai mengenai haiwan kami kerana menjadi tanggungjawab Zoo Melaka untuk mendidik.

"Zoo Melaka sentiasa terbuka dan telus untuk berkongsi maklumat kerana pasukan kami sentiasa dedikasi dan komited dengan tugas mereka," katanya.

Raja Segran berkata, orang ramai dijemput datang untuk melihat keadaan haiwan berkenaan di Zoo Melaka supaya boleh memahami rutin penjagaan haiwan itu.

Image: 

Kuala Lumpur: "Singa dan harimau kami sihat, cukup makan dan perkembangannya sentiasa dipantau setiap hari," kata Ketua Pegawai Eksekutif Zoo Melaka, Raja Segran.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853