Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Lapan dituduh esok

$
0
0
Utama

kalidevi@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Lima lelaki dan tiga wanita termasuk anak seorang Timbalan Menteri akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas kesalahan menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, November tahun lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh berkata, semua suspek berusia 33 hingga 55 tahun itu ditahan secara berperingkat beberapa hari selepas kejadian pada 23 November tahun lalu.

Katanya, semua suspek akan dituduh mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

"Kejadian itu dipercayai berpunca dari rasa tidak puas hati ke atas Khalid yang mengeluarkan kata-kata kesat ke atas Timbalan Menteri berkenaan dalam sidang dewan," katanya.

Dalam kejadian itu, Khalid diserang sekumpulan individu di perkarangan Parlimen sebelum diselamatkan pasukan keselamatan.

Difahamkan serangan itu berlaku ekoran daripada kenyataan Khalid yang menggelarkan Timbalan Menteri, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dengan gelaran 'sial' dalam sidang dewan.

Image: 

Kuala Lumpur: Lima lelaki dan tiga wanita termasuk anak seorang Timbalan Menteri akan dituduh di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur esok atas kesalahan menyerang Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, November tahun lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853