Quebec City (Kanada): Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di masjid di bandar raya ini, hari ini, lapor media tempatan.
Seorang anggota polis Quebec mengesahkan ada yang terbunuh, tetapi tidak menyatakan jumlahnya.
Katanya, dua suspek dalam kejadian itu ditangkap dan polis tidak menolak kemungkinan ada suspek ketiga yang melarikan diri dari tempat kejadian.
Motif serangan belum dapat dipastikan.
Puluhan orang berada di dalam Pusat Kebudayaan Islam itu ketika kejadian yang bermula selepas 8 malam (9 pagi waktu Malaysia).
Menurut anggota polis Etienne Doyon, kebanyakan yang berada di dalam masjid itu ketika serangan dilakukan ialah lelaki yang menunaikan solat berjemaah.
Pengarah pusat berkenaan berkata, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh bagaimanapun maklumat itu tidak dapat disahkan oleh polis
Quebec City (Kanada): Sekurang-kurangnya lima terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan di masjid di bandar raya ini, hari ini, lapor media tempatan.