Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Tekong, seorang kru bot dah jumpa

$
0
0
Utama

junaidi_ladjana@hmetro.com.my

Kota Kinabalu: Tekong dan seorang kru bot ditemui selamat antara perairan Pulau Tiga dan Pulau Samarang, di sini, 2 petang tadi.

Bagaimanapun, nasib 28 pelancong dan seorang lagi kru bot berkenaan masih belum diketahui.

Timbalan Pengarah Operasi Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Sabah dan Labuan, Kepten Maritim Rahim Ramli ketika dihubungi mengesahkan penemuan itu dan usaha mengesan 28 pelancong dan seorang kru bot masih giat dijalankan.

"Kita dapat maklumat daripada agensi pelancongan berkenaan yang memaklumkan tekong dan seorang kru bot ditemui selamat.

"Kini, kita masih mengesan 28 pelancong dan seorang lagi kru bot berkenaan," katanya.

Terdahulu, bot membawa 28 pelancong China dilaporkan bertolak dari jeti Tanjung Aru, di sini, untuk ke Pulau Mengalum, pada jam 9 pagi semalam, tetapi tidak pulang di jeti sama hingga malam tadi.

Image: 

Kota Kinabalu: Tekong dan seorang kru bot ditemui selamat antara perairan Pulau Tiga dan Pulau Samarang, di sini, 2 petang tadi.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853