KETIKA berjuta warga China pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, Luoluo, 24, sibuk menjawab deretan mesej daripada lelaki terdesak mencari teman wanita hendak ditunjukkan pada ibu dah ayah mereka.
Difahamkan, individu tidak berteman sering terpaksa mendengar leteran saudara-mara mereka mengenai kepentingan perkahwinan dan membina keluarga.
Oleh itu, individu tidak berteman ini akhirnya menyewa teman wanita atau teman lelaki.
Tapi, peningkatan penggunaan telefon pintar di China sejak kebelakangan ini memboleh individu terbabit mencari dan menyewa teman menerusi aplikasi.
"Lebih 1,000 pengguna menggunakan aplikasi kami sempena Tahun Baru Cina,” kata Cao Tiantian, pengasas aplikasi teman untuk disewa ‘Hire Me Plz’.
Pelanggan aplikasi perlu membayar antara 1 yuan ($0.15) hingga 1,999 yuan bagi kira-kira sejam untuk teman makan makan, bersembang dan bermain mahjong.
Tapi, harga sempena Tahun Baru Cina melonjak dengan beribu teman berusia seperti Luoluo yang boleh didijadikan teman antara 3,000 hingga 10,000 yuan sehari.
“Saya masih mencari teman,” kata wanita dari barat daya wilayah Sichuan yang mencari pasangan untuk mengisi 7 hari cuti Tahun Baru Cina.
Selain Hire Me Plz, terdapat lima aplikasi teman untuk disewa di China, yang mengambil keuntungan daripada upah sewaan dan yuran langganan aplikasi.
Bagaimanapun, Hire Me Plz yang dilancarkan pada 2015 sudah memiliki kira-kira 700,000 pengguna dengan 1.7 juta pengikut di aplikasi sosial media, WeChat - rangkaian sosial media terbesar di China.
"Tidak ada undang-undang khusus di China mengenai larangan memberi khidmat teman untuk disewa.
“Tapi memang wujud risiko dalam perjanjian yang mungkin melanggar undang-undang lain,” kata Jawatankuasa Persatuan Peguam Jenayah Undang-Undang Beijing, Li Hongzhao.
Li berkata, kadangkala sukar hendak memperincikan sempadan pergaulan mesra yang kemudiannya berkemungkinan boleh membawa kepada serangan seksual.
Seks tidak ditawarkan dalam aplikasi itu dan China tidak membenarkan langsung aktiviti pelacuran.
Cao pula berkata, sasaran awal Hire Me Plz diwujudkan adalah untuk membantu mereka yang kesepian di kalangan anak muda desa yang bekerja di kota.

KETIKA berjuta warga China pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina, Luoluo, 24, sibuk menjawab deretan mesej daripada lelaki terdesak mencari teman wanita hendak ditunjukkan pada ibu dah ayah mereka.



