Quantcast
Channel: Harian Metro
Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853

Dugaan hulur bantuan

$
0
0
Utama

amir_hamid@hmetro.com.my

Hatay (Turki): Misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) di Turki-Syria menerima dugaan berat.

Hanya beg peribadi milik 22 peserta dibenarkan keluar dari Lapangan Terbang Hatay manakala semua barang bantuan ditahan pihak berkuasa tempatan.

Barang bantuan kemanusiaan dibungkus dalam kotak ditahan itu antaranya baju sejuk, susu bayi, makanan, mainan kanak-kanak dan ubat-ubatan.

Ketua Misi, Johari Ismail yang juga Timbalan Presiden Muslim Care berkata, kesulitan yang dihadapi sudah dimaklumkan kepada pihak kedutaan Malaysia di Ankara.

"Alhamdulillah sampai ke Hatay. Namun, saya selaku ketua misi rasa sedih di atas kegagalan membawa sumbangan kira-kira 800 kilogram. Tak dibenarkan langsung.

"Sebelum datang ke sini misi kemanusiaan ini sudah dimaklumkan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Kesulitan dihadapi ini dimaklumkan Kedutaan Besar Malaysia di Ankara.

"Kami berharap kerajaan dapat membantu kerana sumbangan misi ini adalah dari rakyat Malaysia tanpa mengira agama dan kaum atas dasar kemanusiaan," katanya.

Beliau berkata, barangan sumbangan berkenaan perlu disalur kembali kepada pelarian Syria untuk mengurangkan kesukaran hadapi cabaran musim sejuk.

Menurutnya, hari ini kumpulan misi tetap bergerak mengikut jadual asal iaitu ke sekolah dan penempatan pelarian Syria dengan membawa barang bantuan berjaya dibawa dengan beg peribadi peserta.

"Pada masa sama, saya dan seorang wakil akan menguruskan barangan bantuan masih dalam tahanan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Hatay.

"Kami sangat berharap kerajaan Malaysia membantu dengan positif sehingga semua sumbangan bantuan dapat disampaikan kepada pelarian Syria," katanya.

Misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria di Turki-Syria dianjurkan Muslim Care sehingga 4 Februari depan.

Image: 

Hatay (Turki): Misi bantuan musim sejuk kepada pelarian Syria anjuran Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) di Turki-Syria menerima dugaan berat.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 7853